Friday, September 1, 2017

Sambal tempe sedap

Bahan-bahan :

250g tempe - hiris nipis & kecil 
1/3 cawan ikan bilis tanpa kepala - dibelah-belah 
1/3 cawan cili kisar - rebus cili kering kisar 
1 labu kecil bawang besar purple 
1 ulas bwang putih
 1/4 cawan bawang goreng 
garam & gula secukup rasa 
sedikit air asam jawa 
minyak untuk mengoreng 


Cara :

1. Tumbuk/kisar bawang besar & bawang putih. 

2. Panaskan minyak baru secukupnya dan goreng tempe hingga betul-betul garing. Angkat dan toskan. Goreng sampai habis. 

3. Kemudian goreng ikan bilis pula sampai garing. Angkat dan toskan. 

4. Dengan minyak yang sama (tinggalkan dalam 1/4 cawan) tumis bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. 

5. Masukkan sedikit air asam jawa dan gula serta sedikit garam. Masak biar sambal benar-benar masak (kalau nampak minyak banyak sangat, sudu keluarkan sikit). 

6. Kemudian masukkan tempe dan ikan bilis, kacau biar sebati. Masukkan bawang goreng dan masak guna api kecil sambil dikacau selalu hingga kering dan bunyi macam goreng kacang gituw sebab sambal ni rangup sikit.

7. Bila dah kering sepenuhnya, padamkan api dan terus balik sekali sekala hingga sambal sejuk. Biar sejuk sepenuhnya baru simpan dalam bekas/botol kedap udara.

tq ilhamdapur untuk simpanan sendiri

Read more...

Friday, January 4, 2013

Gulai Nasi Berlauk


Bahan-bahan
2 ekor ikan tongkol/ikan kembung
1.5 cawan santan
2 cm kunyit (guna serbuk kunyit pun boleh)
2 cm lengkuas muda
3 biji cili kering
5 ulas bawang merah
Timun (dipotong serong)
Kacang panjang 
Garam


Sebelum memasak
1. Rebus ikan tongkol dengan garam dan asam keping - simpan air rebusan
2. Kisar lengkuas dan bawang merah


Cara membuatnya
1. Masak santan sehingga mendidih
2. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar
3. Masukkan 2 sudu teh serbuk kunyit
4. Kacau perlahan-lahan sehingga likat dan sebati
5. Masukkan air rebusan ikan tadi (pastikan asam keping dibawa keluar)
6. Masukkan ikan  yang telah direbus
7. Masukkan timun dan kacang panjang
8. Garam secukup rasa



Sambal Nasi Berlauk


Bahan-bahannya
Cili merah 5 batang
Cili api (hijau) 5 batang
0.5cm belacan
2 biji bawang merah
5 biji limau 



Sebelum
1. Potong cili merah dan cili api kecil-kecil
2. Bakar belacan dan bawang merah


Cara membuatnya
1. Tumbuk kesemua cili, bawang dan belacan
2. Perahkan limau


Read more...

Sunday, December 23, 2012

Menghilangkan Jeragat Di Muka

Menghilangkan Jeragat Di Muka

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih. 

Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Pilihan 6: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.


Sumber: Petua Melayu Read more...

Perubatan Islam Untuk Merawat Demam Panas

Pilihan 1:
Baca Surah Yaasin dengan sempurna pada benang, Ketika berada di kalimah (مبين) ikatlah benang itu sekali, sehingga menjadi 7 ikatan kerana (مبين) dalam surah Yaasin ada 7 tempat kalimah tersebut. Lalu benang itu diikatkan pada lengan atas (bahu) tangan kanan orang yang demam panas.

Pilihan 2:
Tulis Surah Al-Kautsar pada 3 kertas. Cara penulisannya, tulis BISMILLAH (jawi) dalam keadaan terpisah-pisah antara huruf; contohnya. ﺏﺱﻡﺍﻝﻝﻫﺍﻝﺭﺡﻡﻥﺍﻝﺭﺡﻱﻡ Tulis di bawahnya Surah AL-KAUTHAR secara lengkap, besambung - sambung huruf.

Anda tulis lagi pada kertas seperti yang pertama pada kertas kedua dan ketiga. Pada kertas ketiga, anda perlu menulis di bawahnhya: ان شانأك هو الأبتر Kemudian, bakar kertas pertama dan wapkan pada orang yang sedang demam. Kalau demam hilang, itu sudah mencukupi. Tetapi kalau demam masih ada, bakarlah kertas yang ketiga dan wapkan pada orang itu lagi.

Sumber: Dipetik dari M. ADIBALAWIY - Kitab Amalan - Amalan Penyembuhan dan Rawatan dari Surah - Surah Al-Quran. Read more...

Monday, November 5, 2012

Petua 7 Sendi - Menghilangkan Lenguh dan Sengal

Ada petua orang2 'Lama', bilamana semasa mandi pagi, sebaik2nya di Perigi atau disungai, kerana kesegaran dan masih penuh dengan 'Air Bertenaga', maka mahulah diurut & Sendi untuk menghilangkan Lenguh2, yakni Dua Belakang Pelipat kaki, yaitu belakang Lutut, Dua Pelikat Siku ( bukan siku, tetapi bahagian hadapan ), Dua Pergelangan Tangan dan Belakang Tengkuk Penyambung Tulang Leher dan Tengkorak. Sesiapa yang mengamalkan Petua ini, Insyallah diawal2 pagi selepas mandi, hilang rasa2 lenguh dan lemah badan , sindrom awal pagi.


Sumber:  mohon kongsi dan simpan kat blog saya...terima kasih http://.ilmukebatinanmelayu.blogspot.com Read more...

Tuesday, September 11, 2012

Cara Membuka Kulit Pisang

Read more...

Cara nak asingkan telor merah

Read more...