Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tairu (plain/natural yogurt)
3 sudu besar minyak sapi
50 g gajus } digoreng
50 g kismis
sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil rempah beriani
6 ulas bawang merah } dikisar
4 ulas bawang putih } dikisar
1 sm halia } dikisar
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan } disimpul
3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng } hiasan
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih hingga naik baunya.
2. Masukkan bahan-bahan yg dikisar serta rempah beriani tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan daun pandan, air, susu cair, garam dan yogurt, Setelah mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.
4. Apabila nasi kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis, gajus dan pewarna kuning,
5. Kacau/gemburkan perlahan-lahan
dgn menggunakan garpu.
6. Tutup periuk dan biarkan berwap kembali selama lebih kurang 20 minit.
7. Angkat bolehlah ditaburkan dengan bawang goreng.
Friday, August 3, 2012
Nasi Beriani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment