Bahan-bahan•
150 gram sagu mata ikan•
4 cawan air•
3 ketul gula melaka/merah•
1 cawan santan pekat•
Air secukupnya• Daun pandan
Cara-cara :
1. Masukkan sagu dan 4 cawan air ke dalam periuk, nak letak daun pandan pun boleh, nak kasi wangi sikit. Masakkan dengan api sederhana.
2. Setelah sagu pekat dan masak, buang daun pandan tadi. Masukkan kedalam bekas-bekas kecil dan sejukkan dalam fridge.
3. Sementara itu, masakkan gula melaka/merah dan air secukupnya. Bila dah pekat tapis.
4. Masakkan kejap santan dan garam sedikit.
Cara Untuk MenghidangAmbil sagu tadi, masukkan santan dan gula melaka. Nak masukkan ice cube pun boleh juga. Sedia untuk dihidang.
Tuesday, September 8, 2009
Sagu Santan Gula Melaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment