Tuesday, September 8, 2009

Cencaru sumbat sambal

Bahan:
2 ekor ikan
3 ulas bwg merah ( kalau besar 2 pun cukup, tapi 3 lagi manis)
sedikit belancan
2-3 sudu cili kering yg telah diblender halus
1 ulas bwg besar - dipotong dadu atau melintang - tak kisah
1 sudu kecil asam jawa di bancuh dengan 2 sudu besar air

Cara-caranya:
Blender bwg merah, belacan dan cili kering blender sampai sebati, tumis dlm kira-kira 6-7 sudu minyak. Bila cili agak berbau sebab air dah tiada, tambah air - Bila dah hampir pekat semula, masuk kan separuh dari bancuhan air asam jawa, tambah gula, garam secukup rasa...rasa dulu, kalau dah cukup masam, jangan tambah lagi air asam yg telah dibancuh tadi. Lepas tu tambah bawang besar potong tadi dan angkat dan sejukkan bila kuah pekat dan kemudian boleh sumbat kedalam belakang ikan cencaru. Lapas tu goreng ikan.

0 ulasan:

Post a Comment