sufi besar lain. Pada waktu solatnya, Hasan mendengar Ajmi banyak
melafazkan bacaan solatnya dengan keliru. Oleh kerana itu, Hasan
memutuskan untuk tidak solat berjamaah dengannya. Ia menganggap kurang
pantaslah bagi dirinya untuk solat bersama orang yang tak boleh
mengucapkan bacaan salat dengan benar.
Di malam harinya, Hasan Al-Basri bermimpi. Ia mendengar Tuhan
berbicara kepadanya, "Hasan, jika saja kau berdiri di belakang Habib
Ajmi dan menunaikan solatmu, kau akan memperoleh keredhaanKu, dan
solat kamu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada
seluruh solat dalam hidupmu. Kau mencuba mencari kesalahan dalam
bacaan solatnya, tapi kau tak melihat kemurniaan dan kesucian hatinya.
Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan
tajwid yang sempurna.
0 ulasan:
Post a Comment