Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun
dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan
pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya.
Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk
sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk
banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA
BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.
Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu
entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan
bercahaya.Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang
dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke
tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan
binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada
seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi.Tetapi ia tidak
serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya
ramai kawannya yang tersungkur ke bumi.
Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana
kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu
menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah
maut.
Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati
kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas
kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku
terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu.
Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. Mereka tahu
tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun
masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan,
namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram namun tetap
berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap
melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya.
Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana.
Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai
kawan.
Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun
hakikatnya berotakkan kalkatu.
MORAL & IKTIBAR
Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak
digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah lebih dahsyat
daripada kalkatu .
Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan
kemanisan akhirat .Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan,
hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api
neraka.
Siapa dan dimanakah kita? Adakah kita juga seperti kalkatu itu? Hanya
kita sendiri yang mengetahuinya.........

0 ulasan:
Post a Comment