WASHINGTON D.C. - Menggalakkan pesakit kanser untuk menulis trauma kisah perjalanan diri terhadap penyakit tersebut kini didapati dapat membantu meningkatkan tahap kualiti hidup mereka.
Pakar perubatan, Nancy Morgan mendedahkan penemuan tersebut hasil kajian menerusi program seni dan kemanusiaan yang beliau jalankan di sebuah pusat perubatan kanser, Lombardi Center di sini.
Penyelidikan itu yang diterbitkan dalam jurnal terkenal, The Oncologist melaporkan separuh daripada mereka yang terlibat dalam kajian berjaya mengubah pemikiran terhadap penyakit dihidapi.
Morgan membuat kajian itu dengan meminta mereka menulis dalam masa 20 minit bersama pesakit leukemia dan limpa serta bertanyakan bagaimana penyakit terbabit mengubah hidup selain memberi gambaran mengenai penyakit tersebut.
Sejumlah 49 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian beberapa minggu kemudian didapati berkata, penulisan merobah fikiran terhadap penyakit dan 38 peratus memberitahu sikap mereka menghadapi penyakit telah berubah.
"Pendapat, perasaan, proses kognitif dan emosi berhubung kait dengan kanser adalah kunci kepada elemen penulisan yang dekat dengan kesihatan," kata Morgan.
Monday, April 18, 2011
Tulis Diari Sembuh Barah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment