Tuesday, April 12, 2011

Menangani Ketakutan Anak

Melalui beberapa cara yang 'ringan', ketakutan anak anda boleh disingkirkan.


JANGAN sesekali cuba mengubah situasi yang selamat kerana anak anda perlu berasa takut terlebih dahulu sebelum belajar menanganinya. - Gambar hiasan


SEORANG kanak-kanak akan menjadi takut apabila berdepan dengan situasi yang di luar kawalannya atau tidak difahaminya.

Proses kelahiran dan perkembangan sepanjang tempoh tumbesaran pertama memainkan peranan apabila si anak mulai berasa tercabar akan tahap keselamatannya.

Biarpun kita menyifatkan masyarakat kini bertamadun, kebanyakan kanak-kanak masih menghadapi situasi yang boleh mengancam nyawa pada awal kehidupan mereka.

Filem, kartun dan cerita-cerita dongeng juga boleh melahirkan unsur-unsur berbentuk ugutan, keganasan dan kekejaman yang menyasarkan penonton muda seperti kanak-kanak.

Membebaskan perasaan takutSituasi yang 'menanamkan' perasaan takut menyebabkan seseorang kanak-kanak tidak terdaya dan hilang kawalan ke atas dirinya.

Untuk membebaskan perasaan takut itu, kanak-kanak menjadi lebih cenderung bergantung kepada helah dan muslihat. Menerusi kaedah ini, kanak-kanak mampu membebaskan perasaan takut tanpa berpeluang merasai ugutan atau ancaman sebenar ke atas keselamatannya.

Dalam proses tumbesaran seseorang kanak-kanak, ketakutannya melekat pada satu muslihat dan disusuli pula yang lain jika dia tidak berupaya mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Petanda bahawa si anak sudah bersedia untuk membebaskan perasaan takutnya apabila dia berlagak seolah-olah sangat takut akan sesuatu situasi yang tidak memberhayakannya.

Sebagai contoh, kanak-kanak yang pernah dimasukkan ke hospital untuk rawatan kulit terbakar tahap kedua mungkin berasa takut apabila si ibu membantu untuk menggosokkan giginya. Ataupun, seseorang kanak-kanak yang telah menghabiskan percutian di pulau terpencil mungkin akan berasa takut untuk mengikut keluarga berkhemah di hutan.

Bagaimana membuang rasa takutKanak-kanak boleh dibantu dengan bantuan orang dewasa menguruskan saat-saat mereka dilanda ketakutan atau permainan yang melibatkan si anak.

Permainan membolehkan kanak-kanak memiliki 'masa khas' untuk merehatkan diri tanpa menghabiskan wang yang banyak.

Anda juga perlu menjadi pendengar yang baik. Berikan perhatian terhadap apa yang anak anda suka lakukan dan berikan sokongan sewajarnya.

Pada waktu ini, tunjukkan kepekaan anda terhadap peluang-peluang yang ada untuk memainkan peranan yang kecil. Jika anak anda berpura-pura nampak sibuk, anda boleh secara berjenaka menangis dan merayunya agar bermain dengan anda.

Andainya, dia ingin bermain kejar-kejar, anda boleh cuba menangkapnya tetapi cuba bertindak seolah-olah gagal setiap kali anda melakukannya. Jika anak anda meminta kebenaran untuk melompat ke atas, anda boleh berseloroh untuk memintanya melompat secara berhati-hati.

Melalui cara yang 'ringan' ini, ketakutan anak anda boleh disingkirkan apabila dia tertawa gembira manakala anda pula dapat melibatkan diri dalam permainan ini.

Semakin lama anda bermain, semakin gembira jadinya anak anda.

Membuang ketakutan menerusi tangisanApabila rasa takut telah mengambil alih diri seseorang kanak-kanak, dia mungkin sudah bersedia untuk berusaha menangani perasaan tersebut. Pada peringkat ini, sudah menjadi tugasan anda untuk menunjukkan keyakinan diri dengan menerima anak seadanya.

Jangan sesekali cuba mengubah situasi yang selamat kerana anak anda perlu berasa takut terlebih dahulu sebelum belajar menanganinya.

Keyakinan anda boleh memberi perubahan kepada dirinya dan cuba anda mendekatkannya dengan situasi yang menakutkan sambil memegangnya kuat-kuat.

Andainya anak anda mulai menangis dan berpeluh di dalam pelukan anda, percayalah, anda sudah melakukan perkara yang betul.

Si anak mungkin akan berasa malu kerana anda terpaksa berada di sisi ketika dia menangani ketakutan itu tetapi, anda boleh berkata: "Saya tidak akan ke mana-mana. Semuanya okey... ya," atau "Saya faham betapa sukarnya kamu menghadapi situasi seperti ini tetapi saya akan melindungi kamu."

Kadangkala si anak mungkin akan merajuk dan meminta anda menjauhkan diri. Usah bimbang, anda hanya perlu mengeluarkan keyakinan diri untuk membantu dan melindunginya.

Jika boleh, luangkan masa bersama anak sekerap yang mungkin dan anda akan sedar perasaan takut yang dirasai oleh si anak akhirnya akan hilang secara perlahan-lahan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.handinhandparenting.org.


Sumber : kosmo

0 ulasan:

Post a Comment