Sunday, March 13, 2011

Nasi Goreng Kampung

Bahan bahan

4 cawan nasi putih
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
7 tangkai cili padi - lebihkan kalau suka pedas
Sedikit ikan bilis goreng
Sayur Kangkung/apa-apa ulam pun boleh
Garam
Minyak untuk menumis

Cara cara

1. Gaulkan nasi putih dengan garam.
2. Tumbuk cili padi, bawang putih dan bawang besar hingga hancur.
3. Goreng ikan bilis hingga garing.
4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan nasi putih dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan sayur kangkung yang telah dipotong kepada saiz yang sesuai. Gaul rata dan masukkan ikan bilis goreng.
6. Gaul sebati hingga nasi jadi meletup-letup.
7. Angkat dan sendukkan ke dalam pinggan yang telah dihias dengan daun salad dan timun. Hidangkan.

0 ulasan:

Post a Comment