1. Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
2. Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.
3. Makan biji buah Peria.
4. Makan pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
5. Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.
6.Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
7. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
8. Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
9. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
10. Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu, masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi. Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama 3 hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.
Wednesday, August 11, 2010
Menurunkan Darah Tinggi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment