Sakit hati, tak puas hati, bengang dan marah pada seseorang? Rileks, rileks. Jangan terlalu ikutkan nafsu, perasaan dan emosi. Sebab, kalau bengang atau marah macammana sekalipun, ianya tak akan membantu apa-apa. Ia hanya akan merumitkan lagi keadaan. Hati bertambah sakit, dan mungkin ada orang akan terluka dengan sikap kita. Jadi, cubalah kawal perasaan marah walaupun ianya amat sukar sebenarnya.
Baiklah, dalam entri kali ini ingin berkongsi sebuah kisah yang berkaitan dengan ‘marah’, yang berlaku semasa zaman Nabi SAW dulu. Cuba baca kisah ini dan ambil lah pengajaran daripadanya.
ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”
Wednesday, April 28, 2010
Rahsia marah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment