Bahan:
6 biji telor itik
500gm garam kasar
Air secukupnya.(lebihkurang 1 jug kaca)
Cara:
1. Bersihkan telor itik dan ketepikan. Tuang air di dalam periuk
2. Masukkan kesemua garam kasar.
3. Kacau garam tadi hingga kesemuanya larut. Tutup api dan biarkan air garam tadi sejuk.
4. Tuang air garam tadi di dalam balang penutup.
5. Masukkan telor itik yang telah dibersihkan ke dalam balang tadi satu persatu. Tutup dengan kemas dan biarkan selama lebih kuang sebulan. Selepas itu bolehlah dibersihkan, rebus seperti biasa.
Tips:
Setelah bersihkan telor itik, jemur untuk keringkan airnya terlebih dahulu.
Pastikan air garam betul-betul masin dan pekat.
Simpan telor yang direndam di dalam berpenutup di tempat yang kering.
Jika air garam betul-betul masin, telor sudah boleh direbus walaupun hanya disimpan selama tiga minggu.
Jika mahu rasa telor masin yang tidak terlalu masin, tempoh tiga minggu juga sudah mencukupi dan telor boleh direbus.
Thursday, January 14, 2010
Cara Buat Telor Masin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment