Thursday, November 5, 2009

Makan Tomato Boleh Kuruskan Badan

Saintis-Saintis di Universiti Reading, Britain mendapati tomato boleh menguruskan badan kerana memakannya akan menyebabkan hormon selera makan berkurangan.

Penyelidik-penyelidik Universiti Reading, 62 kilometer dari London, menunjukkan tomato kaya dengan sebatian lycopene dan sesuai untuk menguruskan badan.

Kajian itu dilakukan terhadap sejumlah sukarelawan wanita yang diberi sandwic mengandungi keju krim atu roti diperkaya lobak atau tomato untuk merekodkan tahap kekenyangan mereka.

Penyelidik mendapati tomato menyebabkan sukarelawan itu yang berumur di antara 18 - 35 tahun berasa kenyang.

Ini merupakan satu kajian kecil dan kita belum pasti apakah ramuan tomato namun keputusan kajian itu amat bermakna kata ketua projek dan pakar nutrisi Dr. Julia Lovegrove.

0 ulasan:

Post a Comment