Tuesday, October 13, 2009

4 Langkah Tubuh Manusia Tak Kan Jatuh Sakit

TERAPI PEMBAHARUAN MOLEKUL (MRT)

Konsep MRT mula-mula disyorkan oleh Jawatankuasa Khas Kongres Amerika Syarikat bagi Penyelidikan Nutrien (U.S. Congress Special Committee of Nutrient Investigation) pada tahun 1975 melalui sebuah laporan tertunggak selama 150 tahun setebal 5,000 muka surat. Laporan tersebut bertajuk “Elements Required by Human and Nutrients” (Elemen Yang Diperlukan Oleh Tubuh Manusia dan Nutrien) dan dipelopori oleh Dr. Linus Pauling selepas menjalankan penyelidikan mendalam tentang pemakanan. Beliau pernah menerima Nobel Prize sebanyak dua kali.

MRT juga dikenali sebagai Cell Reform Therapy atau Terapi Pembentukan Semula Sel. Ia menyokong pendapat bahawa tubuh manusia tidak akan jatuh sakit selagi sel tubuh mendapat nutrien seimbang. Malah, tubuh menjadi bebas daripada gejala metabolik yang tidak normal pada peringkat sel.

Abad ke-21 mencatatkan pencapaian penting dalam kemajuan teknologi. Namun, ia juga menandakan era dimana pelbagai virus, penyakit moden dan wabak yang menggemparkan dunia.

Di samping itu, enam masalah zaman moden seperti pencemaran udara, pencemaran air, tekanan harian, kurang bersenam, kesibukan harian serta pemakanan yang tidak seimbang memburukkan lagi keadaan kesihatan manusia, malah melemahkan daya sembuh semula jadi tubuh kendiri.

Dengan pemahaman mendalam terhadap keperluan zaman moden, 4 langkah berasaskan Konsep Terapi Pembaharuan Molekul (Molecular Reform Therapy) dilahirkan untuk mencapai kesihatan optimum. Kini, konsep tersebut sudah diterima ramai sebagai konsep kesihatan yang paling sesuai untuk kehidupan zaman moden.

4 langkah tersebut adalah:

Langkah 1 : Pemakanan Seimbang
Langkah 2 : Menambah Kadar Oksigen Dalam Badan
Langkah 3 : Buang Racun Badan (Detoksifikasi)
Langkah 4 : Pelarasan Kesihatan

Langkah 1 : Pemakanan Seimbang

Menurut Dr. Adele Davis, pakar pemakanan wanita pertama di dunia yang terkenal dengan kenyataan "You are what you eat", untuk memastikan tubuh badan manusia berada dalam keadaan kesihatan yg optimum, kita perlu mengambil sekurang-kurangnya 40 jenis khasiat setiap hari. Dr. Ragnar Berg pula menyatakan bahawa badan yang sihat adalah berada dalam keadaan 80% alkali dan 20% asid.

Menurut pakar-pakar pemakanan, terdapat hanya 5 jenis makanan sahaja yang bersifat alkali iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, susu, putih telur dan rumpair.

Untuk mengekalkan kesihatan optimum, tubuh kita memerlukan 46 jenis nutrien setiap hari. Nutrien tersebut turut dikenali sebagai “nutrien metabolik” dan terdiri daripada:

8 jenis amino asid penting
8 jenis vitamin dan
20 jenis mineral

Oleh kerana fungsi nutrien tersebut saling berkait, maka kita perlu memastikan bahawa pemakanan kita seimbang dan mengandungi kesemua 46 jenis nutrien. Sebaliknya, kekurangan nutrien dalam jangka masa panjang telah dikaitkan dengan gangguan metabolik pada peringkat sel dan merupakan risiko tinggi dalam penghidapan penyakit kronik.

Terdapat laporan bahawa kira-kira satu pertiga daripada jumlah kematian akibat kanser di Amerika Syarikat dapat dielak melalui pemakanan yang betul. Hakikat ini mejadi lebih rumit dengan pemakanan yang mengandungi bahan kimia berlebihan dan tabiat pemakanan mengikut nafsu dalam kehidupan zaman moden.

Jadi terpulanglah kepada kita semua untuk memilih makanan seperti yang telah dinyatakan oleh pakar-pakar tadi.

Langkah 2 : Menambah Kadar Oksigen Dalam Badan

Oksigen merupakan sumur hidup. Kita dapat hidup berhari-hari tanpa makanan dan air, tetapi kita akan mati dalam masa 6 minit tanpa oksigen. Oksigen ialah bahan perlu kerana tubuh menghasilkan jutaan sel baru untuk menggantikan sel yang mati dalam proses metabolik setiap hari.

Di samping memastikan fungsi vitamin yang elok, oksigen juga penting untuk mencegah kanser. Oksigen berupaya meneutralkan bahan-bahan karsinogen (akibat hasil sampingan metabolisme asid lemak) kepada bahan yang tidak berbahaya.

Bagaimanapun, kehidupan moden dan pencemaran perindustrian sering menjadi penghalang pengambilan oksigen yang mencukupi tanpa disedari. Akibatnya, proses metabolik dan pembaharuan sel kita terganggu.

Jadi bagaimana caranya? Senang saja. Bersenamlah. Namun tidak semua kita yang mempunyai masa yang cukup untuk melakukan senaman. Terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan. Samada kita mendapatkan oksigen melalui suplemen ataupun melalui cara senaman yang dipraktikkan oleh orang-orang cina di zaman dahulu iaitu dengan mengamalkan senaman guasa. Kalau takde masa nak bersenam, cara yang kedua ini sangat sesuai diamalkan. Ianya boleh dilakukan tanpa mengira masa dan tempat.

Langkah 3 : Buang Racun Badan (Detoksifikasi)

Langkah ini sangat penting! Kenapa?

Kita perlu membersih dan mendetoksifikasi tubuh kita setiap hari kerana makanan tidak terhadam boleh menjadi “sisa toksik” yang boleh meresap ke dalam badan dan kesemua bahagian anggota melalui usus kita – lantas meningkatkan risiko kita menghidap penyakit kronik.

Walaupun masalah ini selalu terjema sebagai sembelit biasa, kuasa pemusnahannya jauh lebih dahsyat seperti yang dilaporkan dalam penyelidikan Jepun mengenai sistem gastro-usus. Pernah dilaporkan bahawa 6 hingga 10 paun najis degil melekat pada dinding usus kita walaupun tiada gangguan dalam pembuangan najis setiap hari dan sekiranya najis ini tidak dikeluarkan dalam masa 3 hari, ia akan menghasilkan 21 jenis racun. Menurut laporan pakar-pakar usus di jepun, sedikit racun ini boleh membunuh seekor tikus serta merta!

Di samping itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa kanser kolon bakal menjadi kanser pembunuh pertama dinegara-negara maju pada masa akan datang. Fakta yang tidak menyenangkan ini telah mendorong ramai pakar perubatan untuk mengisytiharkan secara terbuka bahawa pembersihan kolon merupakan pendekatan ke arah usia panjang.

Jadi jagalah usus, kerana kesihatan bermula dari usus.

Langkah 4 : Pelarasan Kesihatan

Penyakit kronik BUKAN sebahagian daripada proses penuaan – bertentangan dengan kepercayaan popular. Sememangnya tubuh kita berupaya menyembuhkan diri selagi ia mendapat khasiat yang berterusan, cergas dan mengendalikan mekanisme tubuh dengan elok.

Bagaimanapun, kita cenderung mengabaikan kesihatan dengan tidak membekalkan khasiat, oksigen, air, rehat dan detoksifikasian yang mencukupi. Ini menyebabkan tubuh terdedah kepada gangguan metabolik seperti kekurangan enzim yang mengakibatkan masalah ketidakhadaman dan kurang berat badan serta gangguan endokrin dan seterusnya masalah obesity. Semua ini merupakan tahap kesihatan yang tidak menyenangkan.

Kekurangan pelarasan kesihatan menghalang keupayaan pemulihan tubuh dan sekaligus melemahkan daya ketahanan kita terhadap penyakit.

Pakar-pakar kesihatan mengesyorkan bahawa pelarasan kesihatan yang paling berkesan untuk mengawal semula kesihatan kita ialah melalui pengambilan khasiat dan suplemen memperkuatkan badan demi tahap kesihatan yang memuaskan - digandingkan dengan semangat ceria selalu, yang masih dianggap sebagai ubat terbaik di dunia.

0 ulasan:

Post a Comment