Ada banyak faktor yg menyebabkan masakan ini kurang menjadi. Api jangan terlalu kuat dan hendaklah mengacau campuran telur ke satu arah saja (jangan ubah2). insya-ALLAH menjadi. hendaklah sabar dan perhatikan setiap kali membuatnya kerana kepanasan kuali memainkan peranan besar.
BUTTERPRAWNS
500 g udang sedang, dibelah belakang
Minyak untuk menggoreng
4 biji kuning telur
1 camb susu cair
5 camb mentega atau marjerin
1 pelepah daun kari
½ camb cili padi cincang,
jika sukaGula, garam & sed serbuk pati ayam
Cara:
Panaskan minyak banyak di dalam kuali, goreng udang (dah diperap 30 min dengan garam dan gula) hingga keemasan dan masak.Angkat dan toskan.Satukan kuning telur dan susu. Kacau sebati. Panaskan kuali (sebaik2nya kuali tembaga), cairkan mentega dgn api perlahan.Tuangkan campuran telur, kacau satu arah saja hingga campuran bertali halus. Masukkan daun kari, cili padi, serbuk ayam dan garam. Kacau rata. Campurkan dengan udang kemudian angkat dan sejatkan.
Thursday, September 17, 2009
Butterprawns
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment