Bahan-bahan:
2-3 Terung panjang
1 tangkai cili merah(ikut selera nak tmbh cili api)*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
segenggam udang kering*
1 sudu belacan*
gula secukupnya
Limau Kasturi-Ketika menghidang
Cara-cara :
Terung dikupas belang2,dipotong 2 dan belah agak nipis.
Bahan2 bertanda*ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bhn kering.
Panaskan dalam 1/3 cawan minyak..tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan terung dan kacau goreng seketika sehingga bahan2 sekata.
Kecilkan sedikit api..
Apabila terung sudah kelihatan kecut dan mula masak, baru tambahkan air sehingga melebihi paras terung.
Tutup periuk dan tunggu sehingga terung benar2 masak dan lembut.
Apabila terung sudah lembut,(sila tambah air jika masih belum lembut ye)..sebatikan semua rasa dan tutup api.
Pastikan tidak terlalu banyak kuah untuk rasa sambal lebih.
Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung yg sudah dicedok ke dalam pinggan makan..
Wednesday, August 5, 2009
Terong Goreng Sambal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment