Friday, August 14, 2009

Rahsia jenis darah dan peribadi

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it
out..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk
mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya
anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda
juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda
agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan
individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang
untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda
itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang
memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda
agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan
langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu
diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu,
kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih
selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah
individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa
jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda
lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah
individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk
meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap
anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain
itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus
memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa,
tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk
berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu.
Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

0 ulasan:

Post a Comment