Bahan2:
2kg beras pulut Susu
2keping asam keping
1 sudu makan kunyit serbuk
600gm santan pekat
2 jemput garam kasar (boleh guna garam halus)
Cara2:
1. Basuh beras berkali2 sehingga air beras berwarna jernih, bagi mengelakkan pulut cepat basi.
2. Masukkan air untuk merendam beras. Masukkan kunyit serbuk, gaul rata2 supaya pulut bewarna sekata.
3. Masukkan asam keping supaya warna pulut cantik dan berkilat
4. Rendam semalaman, atau paling kurang 4 jam.
5. Jerang air dalam kukusan, buang air rendaman beras dan asam keping.
6. Masukkan beras dalam kukusan dan kukus sehingga masak ( sekadar masak, jangan sampai lembik)
7. Bila pulut masak, masukkan ke dalam bekas lain.
8. Masukkan santan kacau sekadar rata.
9. Masukkan semula ke dalam kukusan, kukus sehingga naik wap sekali lagi.
10. Angkat dan masukkan semula ke dalam bekas tadi. Kacau dan balik2kan supaya pulut cepat sejuk dan tidak mudah basi..
11. Boleh dihidang dengan rendang, ikan masin ataupun telur dadar gulung yang dihiris nipis2..
Monday, April 9, 2012
Pulut Kuning
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment