Bahan-bahannya:-
Bahagian bawah(A)
- 2 1/2 cawan tepung gandum (kurangkan sesudu)
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 1/2 cawan air gula merah(1/2 kilo gula kabung + 2 cwn air = dimasak dan disejukkan. ambil 1 1/2 cawan sahaja....bakinya boleh disimpan)
- 4 cawan santan cair
Bahagian atas(B)
- 4 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil garam
Cara-caranya:-
- Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
- satukan adunan bahagian bawah (A) dan masukkan kedalam blender dan blend sekejap sehingga sebati kesemuanya. Masukkan kedalam loyang dan kukus 20 minit atau sehingga ia nampak keras. Buka kukusan dan angkat loyang tersebut dan biarkan diluar sebentar supaya baki air kukusan tersejat.
- Sediakan adunan bahagian atas (B). Ambil bekas dan masukkan tepung gandum, garam dan kemudian santan pekat sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga tepung dan santan sebati dan tidak berketul, Jangan di blend nanti bahagian permukaan kuih talam tidak cantik dan merekah.
- Ambil garpu dan buat lorekan atas permukaan lapisan bawah supaya lapisan bawah dan atas tidak terpisah. Jika masih ada air atas permukaan lapisan bawah, ambil tisu dan letakkan atas permukaan kuih supaya ia air dapat diserap dan kemudian lorekkan dengan garpu.
- Bila lapisan atas(B) sudah sebati, tapis dan tuang di atas lapisan bawah. Kukus selama 1/2 jam.
- Selepas 1/2 jam, buka penutup pengukus dan biarkan 10 minit kemudian baru tutup api. Ini petua untuk mengeringkan wap air atas lapisan atas.
- Selepas itu potonglah kuih ini selepas ianya agak sejuk sedikit.
0 ulasan:
Post a Comment