Monday, August 1, 2011

Petua Dapur

Hilangkan Pahit Peria

Potong peria dan isikan di dalam air yang berisi garam halus. Setelah 25 minit, toskan di sedia untuk di masak.

Masakan Termasin

Potong kentang petak-petak dan masukkan dalam masakan. Keluarkan kentang tersebut selepas kentang itu kelihatan lembut.

Elak Tepung Mudah Hapak

Bungkus arang dengan kain bersih dan letakkannya di dalam tepung. Insya Allah selama mana anda simpan tepung itu tak akan rosak

Hilangkan Bau Hamis Daging Kambing

Basuh daging kambing ramas bersama buah gajus dalam air selama beberapa minit, kemudian bilas dan masak daging tersebut, pasti hilang bau yang kurang mynyenangkan.

Segarkan Udang

Perahkan air limau nipis ke atas udang tersebut semasa hendak menyimpannya dalam peti sejuk supaya ia tak busuk dan kelihatan sentiasa segar.

Lembutkan Ayam Kampung

Masukkan 4 biji kurma ke dalam gulai ayam kampung yang sedang di masak. Ayam akan lebih menjadi lembut.

Mengelakkan Minyak Memercik

Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah di panaskan. kemudian baru menggoreng

Melembutkan Daging

Masukkan sebiji betik muda ke dalam masakan daging tersebut. Hasilnya daging itu akan menjadi lembut

Elakkan Ikan Mengecut Ketika Digoreng

Ikan yang akan digoreng perlulah di gaul dalam adunan yang berisi tepung, susu segar dan telur. Kemudian celupkan ikan ke dalam adunan dan goreng sehingga warna keemasan.






0 ulasan:

Post a Comment