Wednesday, July 27, 2011

5 Tip Mudah Ajar Anak


Kicker: Bila si kecil semakin membesar pelbagai kerenah yang bakal ibu bapa hadapi. Malah ketika ini juga dia semakin mengerti persekitaran yang ada di sekelilingnya. Jom lihat tip mudah ajar buat si kecil ini.

Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam menuju kepada pembesarannya mereka memerlukan bimbingan yang sempurna di samping kasih sayang. Dengan ini usaha untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang beberapa bimbingan dilakukan pada usia seperti ini. Ikuti lima kaedah buat si kecil, iaitu:

1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.

3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.

4. Luahan perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.

5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.


Sumber: Pa&Ma

Read more...

15 Cara Ajar Anak Budi Bahasa


Kicker: Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang berterusan. Dan usia tiga sehingga 5 tahun adalah waktu utama untuk mengajar anak-anak mengenai budi bahasa. Ikuti panduan mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si manja anda.

1. Erti rasa hormat. Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok kepada anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia melakukan perkara sama kepada orang lain.

2. Berkongsi permainan. Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.

3. Praktik perkataan kesopanan. Jadikan perkataan, ‘ tolong’ dan ‘terima kasih’. sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda lupa untuk mengucapkan terima kasih, ingatkan kepadanya.

4. Ucapan meminta maaf. Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa. Dengan cara ini membuatkan anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.

5. Memberi pujian. Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda. Beritahu kepada anak anda bahawa anda bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

6. Menjadi model mengajar tatatertib kepada anak. Jika mulut anda penuh dengan makanan apabila anda bercakap, anak anda akan mengikut perkara yang sama apa yang dilihatnya.

7. Mengungkapkan penggunaan ayat yang betul. Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, “Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.

8. Minta kebenaran. Ia sukar pada tahap usia ini untuk melatihnya. Jika anak anda merampas barang permainan rakan sebaya, katakan kepadanya, “ Perbuatan adik ini tidak baik dengan cara mengambil barang kawan tanpa meminta kebenaran.

9. Lakukan kerja rumah. Biarkan si manja membuang sampah atau lampin pakai buangnya ke dalam bakul sampah. Juga membawa pinggan plastik di letakkan atas meja ke sinki. Ia suatu pengenalan kepadanya untuk membantu ahli keluarganya membersihkan rumah.

10. Berlatih untuk duduk diam di meja makan. Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin akan mengundang kemarahan anda.

11. Gunakan perkataan ‘tolong’. Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak anda mengambil barang yang anda mahu. ‘Adik, tolong mama ambilkan baju tu.

12. Komen. Jangan membuat komen tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakannya, “tidak, terima kasih.”

13. Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan. Jangan membuat bising. Makan dengan sopan supaya tiada makan atau minuman tidak bersepah. Jangan bergaduh di meja makan.

14. Suara. Beritahu kepadanya tempat yang ‘ok’ bersuara kuat dan tempat yang perlu bercakap perlahan.

15. Salam. Menghulurkan salam untuk berjabat tangan apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak itu.

Sumber: Pa&Ma
Read more...

Tuesday, July 26, 2011

Ketam Percik

Bahan-bahan:

5 ekor Ketam
minyak
1 batang serai (ketuk)
2 sudu gula
garam secukup rasa
150 ml santan
300 ml air

bahan kisar:

cili kering
5 ulas bawang kecil
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak;
3. Masukkan gula, garam, Kacau sebati;
4. Masukkan serai dan air.Kacau dan biar sampai mendidih;
5. Masukkan ketam,gaul rata.
6. Masukkan santan.Kacau sampai bersalut dengan ketam.Biarkan dalam 20 minit.
7. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Read more...

Bayi Kembung Perut

Bayi kembung perut

Bagaimana menangani gejala yang lazimnya berlaku di kalangan bayi?


SATU perlima daripada bayi akan mengalami kembung perut.


SI manja yang asyik meragam dan menangis sepanjang hari pastinya menimbulkan kebimbangan si ibu. Walaupun cuba dipujuk berkali-kali dengan memberi susu, namun tangisannya masih berterusan.

Keadaan itu mungkin disebabkan si manja berasa tidak selesa sama ada lapar, membuang air besar, lampin yang basah atau ingin dibelai.

"Tetapi, jika tangisannya berbeza daripada biasa seperti menjerit dengan wajahnya berubah menjadi merah, perut kembung dan kakinya ditarik ke bahagian perut sehingga tangisannya tidak reda selepas dibelai serta kerap mengeluarkan angin, kemungkinan besar dia mengalami kembung perut atau colic.

Begitulah penjelasan Profesor Pediatrik, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS ), Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Musa, seperti kebanyakan penyakit lain punca sebenar kembung tersebut masih belum diketahui.

"Tiada satu rawatan yang mutlak. Mungkin disebabkan terdapat udara berlebihan di dalam usus, kecutan otot-otot usus ataupun ketidakmatangan urat saraf di bahagian usus.

"Malah, bagi bayi yang minum susu ibu, ia mungkin disebabkan sensitiviti atau alahan terhadap apa yang dimakan si ibu," jelas beliau. Kata Musa, bayi akan berhadapan dengan situasi kembung perut di antara pukul 6 petang hingga 12 malam.

Bagaimana dengan gejalanya? "Ia terjadi sewaktu bayi berusia tiga minggu selepas kelahiran dan mungkin berlanjutan sehingga bayi berumur tiga bulan.

"Kebiasaannya, satu perlima daripada bayi akan mengalami kembung perut antara dua hingga empat minggu.

"Kembung perut akan hilang apabila bayi berumur tiga bulan," jelas Musa.

Bagi mengatasi simptom kembung perut agar tidak berlarutan sehingga lewat pagi, ibu seharusnya mengelakkan produk-produk yang boleh merangsang kembung perut.

"Jika ibu memberi susu badan, cuba elakkan produk yang mengandungi kafein. Seeloknya, berilah bayi minum susu ibu kerana ia merangsang tumbesaran otak bayi.

"Jika ibu memberi bayinya susu formula, mereka seharusnya menukarnya kepada produk tanpa susu lembu seperti susu soya atau formula HA hypoalergenic.

Katanya, ibu bapa masa kini tidak didedahkan secara terperinci mengenai kaedah terbaik sekiranya berdepan dengan gejala tersebut.


KEMBUNG perut mungkin disebabkan udara berlebihan.






BAWA bayi anda berjalan seperti kanggaru bagi melegakan keadaan dirinya.


Langkah terbaik, jelas Musa, adalah bawa bayi berjalan dengan menggunakan kaedah kangaroo carrier untuk melegakannya.

"Di samping itu, irama berentak perlahan kadang-kadang boleh membantu mengurangkan simptom kembung perut bayi. Contohnya, seperti memasang muzik perlahan atau klasik.

"Sesetengah bayi akan berhenti apabila mereka menghisap puting. Kenapa?

"Mengikut amalan tradisi, anda seharusnya meletakkan perut bayi di atas bahagian lutut anda dan usap bahagian belakang juga boleh meredakan kembung perut," katanya.

Musa menasihatkan, sekiranya masih tidak berjaya, sebaiknya bayi itu dibawa berjumpa dengan doktor. Doktor akan pastikan tiada penyakit lain dan mungkin memberi ubat kembung perut Read more...

Sunday, July 24, 2011

Three Layer Tea

Teh Pekat (guna 3 uncang teh)

Susu Cair

Gula melaka pekat (memang ada jual guna 3Layer syrup)

ketulan ais

Cara-cara

1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa sendiri. Kalo nak manis letaklah bebanyak.

2. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas... Baru masukkan susu cair.

3. Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan²... (pelan pelan)
Read more...

Wednesday, July 20, 2011

9 Jenis Wanita Yang Menjadi Perhatian

1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasan yg baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah. Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Read more...

Fitrah Kejadian Berpasangan

Pada fitrahnya, kehidupan lelaki dan wanita saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Allah SWT berfirman dlm surah Ar-Rum, ayat 21 : "Dan di antaranya tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya bahawa ia mencipta untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan jadikan kamu kehidupan perasaan berkasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu menimbulkan kesederan bagi orang yang berfikir".

Demikian yang suci dan luhurnya tujuan perkahwinan yang di syariatkan oleh Islam. Kaum lelaki berperanan (mempunyai niat yang luhur/ikhlas) sebagai seorang suami menjadi ketua dlm keluarga terutama terhadap anak-anak dan isteri. Dalam Surah An-Nisa ayat 34, Allah berfirman : "Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawap terhadap kaum perempuan dengan itu Allah telah melebihkan orang lelaki dengan beberapa keistimewaan ke atas orang-orang perempuan, juga orang lelaki telah membelanjakan (beri nafkah) sebahagian harta mereka".
Read more...