Wednesday, June 1, 2011

Sakit Jantung Waktu Pagi?

Sakit jantung waktu pagi?


HORMON tekanan yang dibebaskan ke dalam darah boleh memberi tekanan kepada jantung.


KEMARAHAN boleh merangsang serangan sakit jantung. Tetapi, begitu juga dengan keadaan yang terlalu panas atau sejuk, pencemaran udara, kurang tidur, kesedihan, makan berlebihan, bencana alam, senaman mahupun seks.

Sesungguhnya serangan jantung, strok dan degupan jantung berhenti boleh berlaku secara tiba-tiba. Tetapi, edisi jurnal Harvard Heart Letter baru-baru ini mendedahkan kebanyakan masanya kejadian ini berlaku sewaktu bangun pagi.

Sebelum bangun, tubuh kita membebaskan hormon tekanan ke dalam aliran darah untuk membolehkan kita memperoleh tenaga untuk bangun tidur. Namun, keadaan ini juga boleh memberi sedikit tekanan kepada jantung.

Tekanan yang sedikit ini boleh mengakibatkan berlakunya masalah serangan jantung jika salah satu daripada arteri dipenuhi dengan plak-plak yang kaya dengan kolesterol.

Dehidrasi yang lazimnya berlaku selepas semalaman tidur juga boleh memberi risiko kepada sistem peredaran tersekat dengan plak. Tambahan pula, ubatan untuk jantung turut berkurangan sepanjang malam.

Jadi, apabila seseorang melenting, maka peluang mendapat serangan jantung bertambah sehingga 14 kali selama dua jam selepas naik angin.

Selain itu, aktiviti lasak seperti berlari boleh juga memberi rangsang yang sama. Namun, bagi yang melakukan senaman secara kerap, kemungkinan untuk perkara ini berlaku berkurangan. Justeru itu, pastikan senaman menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Penyakit-penyakit berjangkit seperti pneumonia dan flu boleh juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Akan tetapi, realitinya, kebanyakan orang masa ini tidak mempunyai tidur yang cukup, makan berlebihan, terlalu panas, kerap bertengkar dan mendapat selesema tanpa diserang penyakit jantung.

"Apa pun alasannya, anda boleh belajar mengelakkan rangsangan serangan jantung setelah mengetahui faktor-faktor yang disebutkan tadi," demikian menurut Letter.


0 ulasan:

Post a Comment