Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya.
Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun
Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin
kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada
pelepah kelapa yang terjuntai. Keadaannya seperti telur di hujung tanduk.
Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah , selamatkanlah
aku dari jatuh. Jika selamat ,aku akan sedekahkan seekor lembu untuk
seorang miskin.”
Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.
Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.
Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik
daripada sebelumnya, tetapi dia masih belum selamat. Berpaut sekuat-
kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “Ya Allah, sekiranya Engkau
selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing
untuk orang miskin.”
Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok
Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok
kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih
bertiup kencang. Kali ini dia berseru, “Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku,
aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.”
Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah
Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah
lagi, “Ya Allah , sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam.”
Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun
melepaskan tangannya dari batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “Ya Allah,
rupa-rupanya aku jatuh juga,maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.”
Moral : Dalam keadaan susah, manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang,
manusia mudah melupakan-Nya. Adakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah
ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?
sumber : Majalah Solusi
0 ulasan:
Post a Comment