Tuesday, June 21, 2011

Cekodok Jagung

BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum
3 batang jagung
1 biji bawang besar
2 cawan udang kertas
1-2 biji telur
2 cawan air sejuk
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

* boleh ditambah cili merah yang dipotong halus-halus serta daun bawang/sup sebagai bahan rencah tambahan . Boleh ditambah atau kurangkan bahan ikut selera masing-masing

CARA MEMASAK :

Bersihkan udang buang kepala dan ekor , potong jagung kemudian kupas bawang merah dan dimayang nipis .

Gaul semua bahan dalam bekas yang sesuai dan masukkan telur serta air secukupnya , jangan terlebih air nanti jadi cair pulak adunan tapi boleh ditambah tepung so adunan jadi ok. Masukkan garam dan kacau lagi , panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng dan boleh la digoreng sehingga masak. Angkat dan tos cekodok ni bila sejuk boleh dimakan dengan sos atau kuah kacang.

0 ulasan:

Post a Comment