Pokoknya sederhana tinggi dan tidak membesar sebagaimana pokok hutan. Bunganya berbentuk jambak berwarna putih dan menarik. Jambak bunganya tersusun bertingkat-tingkat dengan bunga yang sebelah atas semakin kecil. Sementara bahagian yang menyerupai misai kucing berada di sebelah bawah seakan-akan bertindak sebagai pengasuh pada jambak bunganya. Daunnya berwarna hijau muda dan bersaiz sederhana serta bergigi seperti daun ati-ati. Batangnya pula kecil dan memanjang menjadikan ia tidak boleh meninggi, sebaliknya ia akan rebah apabila mencapai lebih daripada satu meter di mana ranting-ranting baru akan tumbuh menjadikannya merimbun. Nama saintifiknya ialah Orthosiphon stamineus dari keluarga Labiatae dan dikatakan mempunyai kandungan kalium yang tinggi, iaitu unsur logam yang sangat aktif dan boleh digunakan sebagai penawar kepada sakit batu karang. Caranya ialah dengan merebus semua bahagian pokok berkenaan termasuk dahannya yang muda, akar dan bunganya. Ia diminum seperti mana penderita sakit kencing manis dan darah tinggi. Bagi tujuan perubatan, daun dan bunganya dikeringkan pada cahaya matahari selama beberapa hari. Setelah kering, rebus seperti ubat periuk dengan tiga bahagian air hingga mendidih dan biarkan sehingga airnya tinggal satu bahagian. Setelah air rebusan itu suam, berikanlah kepada si penderita sakit sebagai ikhtiar. Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya meminta nasihat pakar herba, terutama dari segi kekerapan dan jumlah dosnya.Untuk kencing manis
POKOK misai kucing memang sudah lama terkenal sebagai herba yang berkhasiat. Ia dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung.
Saturday, May 14, 2011
Untuk Kencing Manis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hmm.. mak leez ada penyakit kencing manis. but, still under control. mak amalkan makan nasik dari beras herba ponny taj mahal. alhamdulillah..
ReplyDeletememang bagus beras 2..tapi mahal yer..
ReplyDelete