Friday, May 27, 2011

Suami No. 1 di Hati Isteri, Isteri No A di Hati Suami

Seorang wanita, apabila hatinya telah terpaut dengan seorang lelaki dan lelaki itu pula telah menjadi suaminya yang sah, maka segala jiwa dan raganya ditumpukan sepenuhnya mengurus dan melayani keperluan dan kehendak suaminya sahaja. Otak wanita yang “multitrekk ini” setiap masa dan ketika, pasti memikirkan keadaan suaminya. Pagi petang siang dan malam sentiasa inginkan sauminya sihat dan bahagia. Itu sebab ungkapan yang paling popular dikalangan wanita kepada suami dan inginkan suaminya sebut ungkapan yang sama kepadanya ialah “How are you?”. Dan akan menutupkan perbualan dengan “Take care”.


Dalam Surah An Nisa:34 tertulis ayat bermaksud..wanita yang solehah ialah yang taat (konitaatun)., Sifat taat ini adalah anugerah Allah yang sangat hebat kepada wanita. Dengan memiliki sifat inilah maka wanita mampu untuk sentiasa mengutamakan suaminya lebih dari segala-galanya. Wanita menjadi pengurus kepada seorang suami agar produktif di lapangan masing-masing. Maka minda isteri meletakkan suaminya yang pertama.


Sebaliknya seorang lelaki, mindanya tidak sama dengan wanita. Peranan lelaki yang menjadi ketua keluarga, pimpinan masyarakat dan negara telah disusunatur oleh Allah tidak mengutamakan isteri di dalam hidupnya. Malah Allah telah memberi amaran kepada seorang lelaki di dalam Surah At Taubah :

“(23) Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

Kalau dilihat ayat di atas, nombor berapakah isteri di dalam senarai cinta seorang lelaki ialah ke 6 sahaja. (1. Allah 2. Rasulnya 3. Bapa 4. Anak 5. Saudara-saudara 6. Isteri.)


Disebabkan minda lelaki ini tidak seperti wanita yang disusun seperti senarai keutamaan, kesemuanya mempunyai keutamaan dan nilai yang sama. Minda lelaki beri keutamaan mengikut keadaan dan situasi. Contoh, kalau lelaki berada di rumah ibunya, dia akan memberi keutamaan kepada ibunya, kalau dia berada di pejabat, dia akan memberi keutamaan kepada ketuanya, kalau dia berada di kedai kopi bersembang dengan rakan-rakannya maka dia akan memberi keutamaan kepada rakannya. Kalau dia bersama-sama dengan isterinya, maka mindanya juga mengutamakan isterinya (itupun juga bergantung kepada beberap faktor yang lain jugalah… )


Oleh itu, teruskan mengurus suami anda sebaik-baiknya dan dengan sesempurnanya agar hatinya sentiasa meletakkan anda yang teratas apabila dia bersama anda. Dan relakan mindanya fokus kepada urusan lain apabila dia tidak bersama anda.

0 ulasan:

Post a Comment