KITA sering mendengar pesan seperti; “Jangan bazirkan makanan. Kalau ada lebihan, simpan dalam peti sejuk, nanti boleh makan lagi.” Sejauh manakah nilai kesedaran kesihatan dalam kata-kata tersebut? Menyimpan sejuk makanan lebihan setelah terdedah lama dalam suhu bilik hanya akan meningkatkan risiko pembiakan bakteria. Waktu yang selamat bagi makanan yang terdedah pada suhu persekitaran melebihi 32 darjah Celcius adalah sejam; atau dua jam (jika suhu yang dicatat adalah kurang daripada itu). Persekitaran hangat dan lembap seperti di negara ini adalah sangat ideal bagi reproduksi bakteria. Menyimpan makanan lebihan dalam peti sejuk tidak memberi kebaikan apa-apa, kecuali bagi mereka yang mahu terus menikmatinya walaupun sudah kurang selamat. Pertama, proses pembiakan bakteria hanya akan diperlahankan dalam suhu rendah dan kembali aktif seperti biasa apabila dikeluarkan semula dari peti sejuk. Kedua, sudah banyak jenis bakteria yang ditemui pada hari ini yang kebal suhu dan ia boleh terus membiak biarpun dalam keadaan sejuk. Kalau tidak dapat dielakkan juga, gunakan bekas makanan berpenutup untuk digunakan ketika menghidang dan menyimpan semula dalam peti sejuk. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan peluang ia terdedah kepada udara yang penuh dengan bakteria dan bahan cemar.
Saturday, May 14, 2011
Simpan Makanan Lebihan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment