Monday, May 23, 2011

Siapa Kita

Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada setiap pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof. Ibrahim. Senua peserta mengangkat tangan.
"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya buat sesuatu dulu."
Prof Ibrahimmeramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk dan bertanya
"Ada sesiapa yang nak duit ni lagi?" Hampir semua pelajar mengangkat tangan. Prof. Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey, apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM100 itu dicampakkannya ke lantai lalu ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya.
Prof. Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duiT ini?" tanya Prof Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih dari separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.
"Haa... apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa tadi?" tanya Prof. Ibrahim.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengah hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat manangkap apa yang cuba dijelaskan oleh profesor itu.

"Walau apa pun saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak atau ditenyeh dengan kasut. "RM100 tetap RM100 walaupun sepuluh kali dipijak." kata Prof. Ibrahim.

Semua peserta yang mendengar kata-katanya tersenyum. Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan harian. Seringkali di dalam hidup, setiap orang akan merasai saat kejatuhan, hati hancur ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa bahawa diri kita tidak berguna langsung.

"Tapi walau apa pun terjadi atau yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. "Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang anda sayangi. "Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi sebenarnya kita?" jelas Prof. Ibrahim.

0 ulasan:

Post a Comment