"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari
anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian,
genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu
Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula
daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa
sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan
usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi
kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian,
bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah
baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan
di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah.
Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan
identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun,
anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego,
hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal
mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

0 ulasan:
Post a Comment