Kita sering menjadikan buah sebagai pencuci mulut, iaitu dimakan selepas selesai menikmati hidangan yang berat seperti nasi, mi, serta lauk-pauk yang lain. Pada pandangan biasa, perbuatan itu mungkin suatu yang tidak salah. Asalkan ada buah, sudah bagus untuk diet. Benarkah begitu? Sebenarnya, pakar khasiat dan diet telah lama mengingatkan kita supaya menjadikan buah sebagai hidangan penting. Maka, ia perlu dimakan dahulu sebelum menjamah hidangan utama. Selain menggalakkan penyerapan tenaga dan nutrien segar untuk tubuh, ia juga membantu kelancaran proses penghadaman dan perkumuhan. Buah yang dimakan lebih awal membuatkan seseorang cepat berasa kenyang. Maka, tidak perlu lagi mengisi perut dengan kuantiti makanan yang banyak. Buah juga patut menjadi ‘teman baik’ mereka yang sedang cuba mengurangkan berat badan.
Wednesday, May 4, 2011
Makan Buah Dulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment