Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
اللهُمَّ يَا هَادِيَ الضَّلاَلِ، وَيَا رَادَّ الضَّالّ، رُدْ إِلَيَّ ضَالَّتِيْ، فَإِنَّهَا مِنْ عَطَائِكَ وَإِحْسَانِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah Engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barang-barang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah pemberian Mu dan ihsanMu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.
(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
a. Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin (مُبِيْن) yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
b. Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
c. Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
d. Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
e. Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
f. Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
g. Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
h. Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
Wednesday, May 18, 2011
Cara Mengembalikan Barang Hilang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment