Apa matlamat anda berlari di atas treadmill? Setiap matlamat sebenarnya memerlukan tempoh masa yang berbeza untuk anda berada di atas peralatan itu. PUSAT kecergasan atau gimnasium bukanlah satu destinasi asing bagi masyarakat Malaysia hari ini. Katakan sahaja pusat kecergasan profesional, gim rakyat, peralatan gim di rumah atau kelab gim di kondominium, ia berada di mana-mana. Begitulah untuk menggambarkan betapa masyarakat hari ini begitu terdedah dengan kesedaran penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan senaman. Tetapi persoalannya berapa ramai di antara kita yang ligat bersenam di gim, benar-benar memahami setiap peralatan yang kita gunakan atau apa manfaat setiap peralatan yang digunakan? Lantaran itu, bukanlah menghairankan kerana ramai di antara kita yang berakhir dengan kecederaan atau kecewa kerana tidak berjaya mendapat matlamat yang diinginkan. Untuk itu, mulai minggu ini Rawat dan Rehat dengan kerjasama pusat kecergasan terkemuka di ibu negara California Fitness menyediakan ruangan khas untuk mendidik pembaca menggunakan peralatan gim dengan betul. Rebiu untuk tiga minggu pertama ini tentunya tiga peralatan asas yang terdapat dikebanyakkan pusat kecergasan. Bersama dengan jurulatih peribadi California Fitness, Shamsher Singh untuk mengetahui tentang senaman yang betul untuk peralatan treadmill. * Tetapkan matlamat anda untuk menggunakan treadmill sama ada sekadar untuk memanaskan badan atau untuk membakar lebih lemak bagi menguruskan badan. * Untuk memanaskan badan cukup sekadar larian selama 15 hingga 20 minit. * Untuk membakar lebih lemak dan kalori larian mestilah mencecah antara 45 hingga 60 minit. * Menurut Shamsher untuk larian 45 hingga 60 minit anda boleh melakukan teknik larian perlahan (warm up) – larian pantas – larian perlahan (cool down) sekali gus dalam satu sesi. Atau cara kedua anda boleh memperlahankan larian sekali-sekala semasa larian pantas jika tidak mampu mengekalkan larian pantas dalam tempoh yang lama. * Jangan mengabaikan larian menyejukkan diri. Pastikan anda mengambil masa dua atau tiga minit untuk sesi ini. * Setiap mesin treadmill mempunyai monitor yang memaparkan pelbagai maklumat mengenai larian anda contohnya masa larian, kadar degupan jantung, pembakaran kalori, kepantasan larian dan sudut darjah lantai treadmill. * Anda boleh mengubah sudut darjah lantai treadmill. Dengan meninggikan sudut darjahnya anda membakar lebih banyak kalori walaupun dalam larian yang perlahan. Tip treadmill * Cuba menonton TV atau mendengar lagu dari Ipod atau telefon bimbit semasa larian selama 45 hingga 60 minit. Ia bagi mengelakkan anda terlalu fokus pada monitor yang memaparkan maklumat larian pada treadmill.45 minit turun berat
Saturday, May 21, 2011
45 Minit Turun Berat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment