Solat-solat Sunat
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah atau salah seorang dari manusia maka hendaklah ia mengambil wudu’ dengan sabaik-baiknya, kemudian dia solat dua rakaat ….sembahyang hajat bilangan rakaatnya dua, ada yang mengatakan sebelas rakaat…”
Lafaz niat :
أصلي سنة الحاجة ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana Allah taala
Kemudian dibaca pada ….
Rakaat pertama:
1) Membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) Membaca ayat Al-Kursi الله لا إله إلا هو الحى القيوم.....
Rakaat kedua :
1) Membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) Membaca surah Al-Ikhlas قل هو الله أحد .....
2. SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Sembahyang sunat tahajjud ini dikerjakan pada waktu malam, setelah terbangun atau bangun daripada tidur di tengah malam hari. Di dalam al-Quran menganjurkan agar mengerjakan sunat tahajjud ini , sedangkan Nabi SAW pernah bersabda :
“Sembahyang 2 rakaat yang dikerjakan oleh hamba Allah di tengah malam yang akhir itu, terlebih baik baginya daripada dunia dan barang yang ada di dalamnya”.
Lafaz niatnya :
أصلي سنة التهجد ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
Selepas selesai solat bacalah doa ini (tidak diwajibkan) 3. SOLAT SUNAT TAUBAT
Sembahyang sunat taubat ini adalah sesudah seseorang melakukan dosa atau merasakan telah melakukan dosa, lantas terus bertaubat kepada Allah taala .
Syarat –syarat bertaubat :
1. menyesal akan perbuatan yang telah dilakukan.
2. bercita-cita tidak akan melakukannya lagi.
3. dan memohon keampunan dari Allah taala.
Lafaz niatnya :
أصلي سنة التوبة ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
4. SOLAT SUNAT WITIR
Sunat witir ini di sunatkan setiap malam iaitu selepas waktu solat isyak sehinggalah sebelum masuknya waktu solat subuh. Ianya boleh dilakukan selepas daripada melakukan segala jenis solat samada solat sunat atau fardhu (penyudah segala solat-solat).
Bilangan solat witir :
Solat sunat witir ini boleh dilakukan satu rakaat, sebaik-baiknya 3 rakaat dengan dua salam, dan se afdalnya 11 rakaat.
a. Lafaz niat ( 2 rakaat yang pertama):
أصلي سنة الوتر ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah taala
b. lafaz niat ( satu rakaat yang akhir) :
أصلي سنة الوتر ركعة لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
5. SOLAT SUNAT ISYRA'
Sesudah terbit matahari kadar segalah atau 20 minit selepas terbit matahari (Syuruk), Disunatkan mengerjakan sunat 2 rakaat yang dinamakan sunat isyra'.
Setengah Ulama' mengatakan masa solat sunat ini hanya sekadar 15 atau 20 minit sahaja kerana selepas itu masuk waktu solat Dhuha pula.
Lafaz niat :
أصلي سنة الإشراق ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Isyrak 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya ialah :
Rakaat pertama:
1) membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) membaca ayat Al-Kursiقل يا أيها الكافرون.....
Rakaat kedua :
1) membaca surah Al-Fatihah (الفاتحه) selepas itu….
2) membaca surah Al-Ikhlas قل هو الله أحد .....
5. SOLAT SUNAT DHUHA
Sesudah sembahyang isyrak, ada pula di pagi hari sesudahnya terbit matahari , kadar tinggi segalah, maka di sunatkan sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat atau 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat. Tiap-tiap 2 rakaat satu salam.
Waktunya 35 minit selepas terbit matahari (Syuruk) sehingga gelincir matahari.
Lafaz niatnya :
أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah taala
Cara solatnya : seperti sunat –sunat yang lain.
Selepas solat boleh berdoa seperti di bawah (tidak diwajibkan)
Salam...thanx for sharing and caring
ReplyDeletetq 2 abg long
ReplyDelete