Thursday, April 28, 2011

Pesanan Luqmanul Hakim

Hai anakku;
ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah
yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.
Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua
muka, kelak akan membinasakan dirimu.

0 ulasan:

Post a Comment