|
|
Pasukan penyelidik itu membuat perbandingan ke atas otak 35 orang mengandungi plak penyakit Alzheimer, sesetengah daripadanya mati dengan memiliki otak yang tajam fikiran dan tanpa simptom dementia.
Hippocampus, satu kawasan pada dasar otak, pada pesakit tersebut didapati secara purata bersaiz kira-kira 20 peratus lebih besar pada mereka yang tiada masalah gangguan fungsi kognitif.
Penemuan oleh para penyelidik dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon di Portland dengan diketuai Deniz Erten-Lyons dibentangkan pada satu perjumpaan Akademi Neurologi AS di sini kelmarin.
"Hippocampus yang besar mungkin mampu mempertahankan manusia daripada kesan perubahan pada otak akibat penyakit berkaitan Alzheimer dan kita berharap kajian ini membantu pesakit nyanyuk," katanya.
0 ulasan:
Post a Comment