Thursday, March 31, 2011

Delima Hilangkan Dilema

DELIMA HILANGKAN DILEMA.


Delima


Kajian menunjukkan bahawa 100 mililiter hidangan jus buah delima membekalkan 16 peratus daripada keperluan vitamin C harian bagi seorang dewasa. Ia juga mempunyai kandungan vitamin B, asid pantotenik dan potasium.

Secara keseluruhan, buah delima menawarkan keperluan nutrien yang baik untuk tubuh, terutamanya bahan antioksida yang lebih tinggi berbanding wain merah mahupun teh hijau.

Namun ada banyak lagi kebaikan yang dibawa buah delima, khususnya untuk lelaki. Amalan makan buah atau minum jusnya didapati dapat membantu membekalkan tenaga lelaki, lebih-lebih lagi ketika menjalani perhubungan intim. Di negara Asia Selatan dan Timur Tengah, banyak resipi eksklusif seperti sup dan gulai dimasak menggunakan jus delima.

Selain berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung, ia juga menghalang kesan oksidasi yang menjadi punca aterosklerosis dan penyakit kardiovaskular.

Tidak hairanlah, buah delima yang berasal dari utara pergunungan Himalaya ini sudah diangkat statusnya sebagai entiti kesihatan paling menyerlah berbanding buah-buahan lain.

0 ulasan:

Post a Comment