Tuesday, March 22, 2011

Berpantang - Amalan Untuk Kesihatan, Kecantikan Diri

BERPANTANG, tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin. Menunggu masa selesai 44 hari, terasa berbulan-bulan lamanya. Ini kerana hari-hari dalam pantang tidak seperti hari biasa.

Dalam waktu berkenaan, segala gerak-geri perlu dijaga rapi. Makan dan minum tidak boleh sebarangan, duduk dan bergerak juga ada cara tertentu.

Andai melanggar pantang, takut bentan dan gejala lain pula timbul. Kalau tidak hari ini, mungkin apabila tua nanti.

Tidak dinafikan, kini ada yang tidak mengendahkan amalan dalam hari. Selain malas, ada yang memberi alasan tiada masa atau tiada siapa dapat menjaga dalam tempoh itu.

Namun bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri, amalan dan rawatan berpantang tidak ditinggalkan.

Hasilnya, bukan sahaja badan sihat malah ada yang mengatakan diri terasa seperti anak dara.

``Kebanyakan wanita moden masih mengutamakan cara perubatan tradisonal serta petua bagi menjaga kesihatan ketika berpantang.

``Bahkan, doktor atau pakar perbidanan juga tidak menolak terus cara pengubatan tradisional asalkan si ibu tahu cara betul mengamalkannya,''

Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan ibu atau saudara lebih tua kerana golongan muda kurang arif mengenai ramuan serta teknik rawatan., seelok-eloknya selepas tiga hari bersalin, si ibu boleh mula diurut.

Urut antara amalan paling penting. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi selepas mandi. Selain bertujuan awet muda, ia mampu melancarkan peredaran darah, buang angin, membetulkan urat, menenangkan fikiran dan menyihatkan badan.

``Amalan berurut selama tiga atau tujuh hari berturut-turut dan selepas pantang, badan perlu diurut sekurang-kurangnya sekali sebulan,''.

Sementara itu, dalam pantang lebih elok mandi air rebusan daun daripada air biasa kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.

Sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun. Dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk awet muda.

Mandi juga, ada caranya iaitu mulakan dengan menjirus ibu jari kaki kanan sambil digosok perlahan-lahan.

Ratakan hingga pinggang kemudian mulakan pula pada ibu jari kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air.

Selesai kaki kiri, ulangi pada kaki kanan, jirus hingga ke bahu. Kemudian berpatah balik kepada kaki kiri hingga ke bahu.

Akhirnya, perlahan-lahan jirus kepala dan selepas itu barulah mandi keseluruhan badan sepuas-puasnya, tidak perlu dibilas air biasa.

Menyentuh mengenai amalan bertungku, caranya hampir sama seperti mengurut dan ia dilakukan selama sejam sebelum atau selepas mengurut.

``Amalan ini mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetul serta melancarkan perjalanan darah,'

Lebih baik, amalan itu dilakukan dengan menggunakan batu sungai ini kerana kesan bertungku bukan kerana berat batu, tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Biasanya, darah nifas mengalir lancar selepas bertungku. Jika rajin, bertungku boleh dilakukan hingga 44 hari. Selain bertungku, bukan mustahil jika dikatakan ada di antara wanita yang tidak tahu penggunaan pilis.

``Gunanya untuk mengurangkan panas di kepala serta menghindarkan daripada terasa pening,'.

``Elakkan daripada makanan sejuk seperti pucuk ubi, kekacang, pucuk paku, kangkung, timun dan sebagainya. Hindari juga makanan tajam dan berbisa,'.

Selain itu, kawal perasaan jangan bersedih atau berasa tertekan. Agar kepala tidak masuk angin, rambut perlu diikat tegang.

Duduk pula, hendaklah bersimpuh dan rapatkan paha supaya tulang punggung tidak kembang.


Oleh Ruhaidini Abd Kadir

0 ulasan:

Post a Comment