Monday, February 28, 2011

Pahitnya Ubat

Seorang raja memiliki isteri yang sangat dicintai.Sayang,isterinya
tidak boleh memberikannya keturunan.Ramai tabib telah berusaha
mengubatinya,namun tidak berhasil.Pada suatu hari,raja itu diberitahu
bahawa ada seorang tabib yang sangat mahir.


"Panggillah dia ke mari"titah raja itu.
"Setelah hamba amati,ternyata ajal permaisuri telah dekat.Sisa umur
baginda permaisuri tidak cukup untuk mengandung dan melahirkan,kerana
hanya tinggal 40 hari lagi,"kata tabib kepada permaisuri raja.Setelah
selesai berbicara,si tabib mohon diri.

Sejak pertemuannya dengan si tabib,nafsu makan permaisuri sangat
berkurangan.Makan siang dihidangkan,namun tidak dijamahnya sama
sekali.Makan malam disiapkan,dia hanya menyentuh sedikit.Raja khuatir
dengan keadaan isterinya.

"Apa yang terjadi denganmu?"tanya raja."Orang bijak itu mengatakan
bahawa umurku tinggal 40 hari,"jelas isterinya.Permaisuri lalu
menceritakan semua yang dikatakan oleh si tabib tersebut.

Semakin hari tubuh permaisuri semakin kurus.Empat puluh hari telah
berlalu,tetapi dia tidak mati juga.Raja kemudian mengutus orang untuk
mengundang si tabib.

"Empat puluh hari telah berlalu,namun isteriku masih hidup.."kata raja
kepada si tabib berkenaan."Sesungguhnya hamba tidak tahu bila ajal
seseorang itu akan tiba.Namun ketika itu,hamba belum menemui ubat yang
lebih mujarab daripada berita yang lebih menakutkannya.Permaisuri
selalu makan yang nikmat-nikmat sehingga menutup rahimnya.Sekarang
temuilah dia dan bergaullah dengannya.Insya-Allah dia akan hamil.Tidak
lama kemudian tersebar berita bahawa permaisuri itu telah hamil.

0 ulasan:

Post a Comment