Thursday, November 11, 2010

Sayur Goreng Jawa

Bahan-bahan:

1. Kacang panjang dipotong serong dan nipis (5 tangkai)
2. Tempe dipotong dadu (1/3 tempe bungkus)
3. Tauhu dipotong dadu (sekeping)
4. Kentang dipotong dadu (sebiji)
5. Bawang putih ditumbuk (seulas)
6. Bawang kecil ditumbuk (2 biji)
7. Udang kering ditumbuk(1 sudu besar)
8. Cili merah dihiris nipis (sebiji)
9. Suhun dan kulit tauhu direndam (1/2 mangkuk kecil)
10. Santan pekat (3 sudu besar)
11. Garam (secukup rasa)


Cara penyediaan:

1. Goreng dahulu tempe, tauhu dan kentang sehingga garing. kemudian toskan.
2. Tumis bawang putih, bawang kecil dan udang kering hingga kekuningan.
3. Masukkan kacang, soon dan kulit tauhu, tempe, tauhu, kentang dan cili. Kacau hingga kacang layu.
4. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.


Kalau nak boleh jugak tambah udang atau pedal dan hati sedikit

0 ulasan:

Post a Comment