Saturday, October 23, 2010

Masak Lemak Cili Api Keli Salai

Bahan-bahan:

5 ekor atau secukupnya ikan keli salai
1 biji bawang besar**
2 ulas bawang putih(kalau tak suka tak payah letak)**
10 biji cili api (boleh tambah/kurangkan)**
1 biji cili besar**
**ditumbuk atau kisar
3 batang serai ~ diketuk
1/2 sudu atau secukupnya serbuk kunyit
Santan secukupnya
2 keping asam keping/gelugur
Garam.

Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan yg telah ditumbuk/kisar ke dalam kuali atau periuk. Kemudian masukkan santan, serbuk kunyit, serai dan asam keping/gelugur.

2. Masakkan bahan tersebut sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan keli salai dan masaklah sehingga masak. Perasakan dengan garam secukupnya.

**Kuah bergantung kepada cita rasa, kalau ingin berkuah lebihkan santan.

0 ulasan:

Post a Comment