SAYA berusia 27 tahun, ibu kepada dua anak dan tidak bekerja. Masalah saya ialah mudah panas baran bila melayan kerenah anak, tapi tidak pada hal lain. Saya tak boleh tahan telinga bila anak menangis.
Dengar saja anak menangis saya jadi penat macam buat kerja tak henti-henti. Bila rasa penat, darah saya naik dan mula marah anak. Lebih merunsingkan, tangan saya ringan saja pukul anak, padahal mereka anak kandung saya.
Dari tahun lalu lagi saya berazam tak nak pukul anak tapi bila mereka buat kerenah saya jadi tak tahan. Anak saya masih kecil, baru berumur tiga dan dua tahun.
Dang Setia, macam mana saya nak kawal perasaan marah supaya tidak ringan tangan memukul dan memarahi anak kerana saya sedar mereka masih kecil dan tak tahu apa-apa.
Tolonglah saya kerana jauh di sudut hati saya ingin menjadi ibu penyayang.
JAWAPAN
Puan sudah berazam sejak tahun lalu untuk tidak lagi marah dan pukul anak tak tentu pasal, tapi keadaan masih tidak berubah hingga sekarang.
Mengapa itu berlaku? Bagi Dang Setia, ia kerana puan hanya berazam tapi kurang atau tiada usaha untuk melaksanakan apa yang diazamkan itu.
Yang penting di sini ialah pelaksanaan dan bukan sekadar azam. Untuk itu puan harus tahu apa perlu dilaksana atau dilakukan untuk memastikan puan dapat mengawal amarah.
Mula-mula kita perlu malu dengan Allah SWT kerana Allah sentiasa memerhatikan segala perlakuan kita. Jika kita melakukan perkara tidak sepatutnya, jangan lupa bahawa Allah memerhatikan kita.
Kita juga perlu ingat, marah itu datang daripada syaitan. Jadi orang yang gagal mengawal marahnya adalah orang yang ikut atau tunduk kepada syaitan.
Ringkas kata, marah itu syaitan, bila kita marah, kita macam syaitan. Jika kenyataan ini sentiasa tersemat di dalam hati, insya-Allah kita mampu mengawal marah kerana kita tidak mahu menjadi syaitan.
Seterusnya bila rasa marah puan itu datang. Ingatlah, kita hanyalah manusia yang hina. Apa yang hebat sangat kita nak marahkan orang lain? Bayangkan kalau Allah SWT marahkan kita... adakah itu yang kita nak? Sudah tentu tidak.
Apabila datang marah, banyakkan juga membaca Ta’awwuz (a’uzubillahiminassyaitanirrajim) kerana marah itu datang daripada syaitan. Jadi, kita kena minta pertolongan Allah untuk berlindung daripada syaitan.
Selain itu, apabila marah memuncak, ambil wuduk kerana wuduk dapat menenangkan api kemarahan yang membara serta banyakkan zikir dan membaca ayat suci-al-Quran.
Seterusnya, jika rasa amarah itu datang ketika puan berdiri, segeralah duduk. Jika ketika itu puan duduk, segeralah sujud dan mengingatkan semula siapa diri kita yang hina ini dan betapa Allah SWT memerhatikan kita.
Akhir sekali, sentiasa ingatkan diri bahawa puan berurusan dengan budak berusia dua dan tiga tahun yang masih tidak berakal.
Jika puan gagal menangani mereka dengan cara yang betul, itu bermakna puan sama tarafnya dengan mereka, iaitu seolah-olah orang yang tidak berakal.
Friday, April 2, 2010
kisah ibu baran kerenah anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment