Monday, November 16, 2009

Tips Minyak Wangi

Pakai pewangi sebelum memakai pakaian. Semburkan pada kulit bukan pada pakaian.
Untuk haruman berpanjangan, pakai pelembap kulit terlebih dahulu ini adalah kerana pelembap mampu "memegang" wangian agar tahan lama.

Wangian mudah meresap hilang terutama ketika cuaca panas atau diletakkan berhampiran dengan haba. Oleh itu tempatkan wangian yang jarang digunakan dikawasan redup atau sejuk seperti peti sejuk agar ia mampu bertahan lama.

Anda tidak mungkin dapat menghidu diri sendiri sepertimana orang lain dapat menghidu anda. Maka,dapatkan pandangan orang lain tentang haruman dan bau badan anda untuk maklumat yang lebih tepat agar tidak tersalah memilih wangian.

Pilih satu wangian setiap hari. Jangan mencampurkan dua atau tiga wangian pada satu masa kerana ia akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

0 ulasan:

Post a Comment