Nasi Kebuli (Kg Mela, Lipis)
Bahan-Bahan
1 ayam dipotong empat
Beras wangi siam 2 Kg
Rempah ketumbar (biji)
Lada hitam
Minyak Masak
Bawang Besar (dihiris)
Serai (dipotong nipis)
Halia (dimayang nipis)
Kunyit
Garam
Kaedah Memasak:
1. Ayam dibersihkan kemudian digaulkan dengan garam & kunyitKemudian diperam sehingga 4 jam.
2. Rebuskan halia, bawang, serai, rempah ketumbar, lada hitam kedalam periuk kemudian masukan ayam tadi
3. Setelah nampak empuk ayam, keluar dan toskan.
4. Panaskan minyak dalam kuali, goringkan ayam sehingga masak kekuningan.Angkat dan toskan.
5. Tinggalkan sedikit minyak lebihan gorengan tadi samada dalam kuali atau periuk lain, masukkan beras wangi dan kacau.
6. Setelah sebati, gunakan air rebusan tadi untuk ditambah kedalam beras, tanaklah sehingga masak
7. Hidangkan nasi dengan ayam tadi..
Thursday, September 10, 2009
Nasi Kebuli Kg Mela
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment