Bahan-bahan ( Loyang 30cm )
Bahagian bawah
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah + 2 cwn air - dimasak-sejukan dan ambil secukupnya utk kegunaan )
4 cawan santan cair
Bahagian atas
4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
1 1/2 cawan tepung gandum (Kalau nak cair 1 1/4 cawan)
2 sudu kecil garam ( guna sudu KFC )
Cara-cara :
Panaskan air kukusan terlebih dahulu
Satukan adunan bahagian bawah. Nak blend pun boleh. Masukkan kedalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sampai nampak keras sikit. Buka kukusan.
Kalau masih ada air diatasnya di sebabkan masuk wap, lap dengan tisu sampai kering.
Sediakan adunan bahagian atas. Untuk bahagian ini, jangan di blend.
Sebab bila masak nanti kuihnya tak cantik dan merekah bahagian atasnya.
Membancuhnya sekadar guna pemukul telor biasa. Bila dah sebati, tapis dan tuang keatas bahagian bawah yang dah masak tadi.
Membancuhnya sekadar guna pemukul telor biasa. Bila dah sebati, tapis dan tuang keatas bahagian bawah yang dah masak tadi.
Kukus selama 1/2 jam. Buka penutup kukusan, biarkan selama 10 minit. Petua bagi mengeringkan air di atas pemukaan kuih yang di sebabkan wap.
Tutup api, angkat kuih dan sejukan.
Potong ikut citarasa sendiri..
0 ulasan:
Post a Comment